Thursday 17 October 2013

pasti

aku tahu gugurnya daun berukir namaku diatas arasy Allah itu akan tiba.
aku sedar waktuku suntuk
aku sedar aku leka, lalai kejar dunya.

sejujurnya hati menangis disaat aku putuskan untuk menyendiri.
aku tinggal teman, sahabat, aku menyepi
bukan niat aku mahu begini.
cuma aku butu waktu merenung diri
siapa aku, apa aku ini, apa tujuan dan dimana jalan perlu aku tuju.
ya, aku perlu sendiri.

tuhan itu aku tahu ada
tuhan itu aku sedar ada
tuhan, ya tuhan aku tahu tentangNya

ada satu ketika aku terfikir,
adakah islam aku ini diwarisi atau dianuti?
adakah aku atas nama sahaja islam atau jiwa aku terukir indah iman?

aku cari jalan.
entahlah, aku pusing, aku belok sana sini,
masih Dia yang berlegar diminda
resah, aku tidak tenang.
entahlah, mungkin Dia mahu aku sujud
entahlah, mungkin Dia mahu aku taubat
entahlah, mungkin Dia mahu aku sedar
entahlah, mungkin Dia bagi aku jalan tuju syurga? mungkinkah?

aku sendiri tak pasti

kadang-kadang aku terfikir,
kenapa bila derita baru aku cari Dia?
kenapa bila exam baru aku cari Dia?
aku tak sedarkah derita itu ujianNya, dan dunia ini bukankah sebenarnya ujian Nya kepada aku si hamba hina dina? kenapa aku tak sedar?
bodoh, kalau aku tak sedar, aku tak menaip
aku sedar cuma aku..

entahlah..
kenapa aku mencoret kata-kata ini?
aku harap bukan aku saja sedar, sama-sama renung, sama-sama dalami diri.
hidup memang sekali, kerna hidup sekali,
jangan biar diri engkau sesali ia nanti.
dan bila nanti tiada lagi aku dimuka bumi,
jangan kau tangisi,
ini adat, yang hidup pasti mati,
cuma aku mohon aku rayu simpati,
sedekahkanlah al-fatihah padaku walaupun hanya sekali..

aku mohon maaf kepada hati-hati yang pernah terluka kerana aku sama ada aku sedar atau tidak.
silap kalian pada aku, sama ada aku tahu atau tidak, aku maafkan.
aku kasihan lihat engkau tercari-cari aku dipadang masyar nanti,
jadi aku maafkan semuanya harini, moga senang engkau nanti.
ya semua, sama ada aku tahu, atau tidak, semuanya..
termasuk mengumpat, mengutuk, mengambil segala hak aku, aku halalkan.

aku undur diri.
nanti ada masa,
ada daya,
ada nafas,
aku coret kata lagi

buat keluarga, sahabat, teman, 'yang membenci',
terima kasih kerna hadir mewarnai hidup ini.
hati sayang, cinta kalian
tapi kubur kata mari, rumah kata pergi.
jadi aku putuskan mengejar cinta Illahi..





No comments:

Post a Comment