Saturday 19 October 2013

dia

dia lemah..
dia tak gagah..
dia buat semua demi hati-hati dikasihi..
dia tahu itu perlu
dia sedar itu kena..

keluh tiada
resah lelah tidak dipamer
senyum, senyum saja
biar senang hati lain melihat

apa mampu
disini pentas uji
opera sementara
disana yang pasti
uji bakat harus lulus
demi tempah senang nanti

putus asa beribu kali
hati cekal lagi dan lagi
bukan tidak peduli rasa hati
bukan tidak kisah rintih jiwa
tapi..

biarlah, biar
apa mahu peduli,
ini semua tanggunjawab diri
ya, amanah dari atas sana

kau tak nampak lagi ?
mana hilang rasa simpati?
tiada belas dihati?
kenapa kau bodoh tulikan hati?
ayahanda, bonda korban segala
demi siapa ?
demi siapa lagi kalau bukan cahaya
ya cahaya yang mendatangkan gelap pada mereka...

No comments:

Post a Comment