Thursday 17 October 2013

malu

aku malu.
bukan kerna zahir dilihat manusia
bukan kerna kurang ilmu nilai manusia
bukan juga kerna aku merangkak mengapai dunya.

aku malu.
mengguna kesenangan tanpa batas.
mempamer indah kurniaan tanpa rasa segan.
memperlekeh apa yang dicipta

aku malu.
susahku, Dia aku tuju.
senangku, Dia aku buat tak wujud.

apa aku ini?
sampai bila aku harus begini?

aku malu.
aku malu
aku malu

bagaimana harus aku kembali kepadaNya
bergelumung dengan dosa, aku malu.
pinjaman yang sementara aku persia, aku malu
bagaimana harus aku bertemuNya?
aku malu..

masih layakkah sujudku padaMu?
aku malu, aku malu..

tuhan, lihat aku.
aku malu, tapi aku mahu, aku rayu.
tolong jangan ambil nyawaku
sebelum aku dekat denganMu,
sebelum aku sempat menyiapkan dunya untuk mengadapMu,

aku malu, aku tahu tapi aku buat tak tahu.

No comments:

Post a Comment