Wednesday 21 August 2013

Sembang kuaci

Orang cakap, 'barang yang lepas jangan dikenang'. Kadang-kandang bila pepatah ni dibawa masuk dalam konsep lifetime, past, aku curious, kenapa tak perlu dikenang? Kenapa? Agar tak makan hati? Tak melaralah hati? Oh sadis sekali.
Bagi aku, jika kau tak mengenang, kau takkan beringat, bila kau tak beringat, kau akan ulang sejarah yang sama lagi. Tak suruh pun membenci, cuma mengingati dan berhati-hati. Aku tak kata pun pandangan aku ni betul, ya setiap manusia ada ideologinya yang tersendiri, cara pemikiran berbeza. Kisah kejatuhan zaman khulafah ar-rasyiddin dah berulang kembali diMesir, masih tak nampak lagi? Oh lupa 'barang yang lepas jangan dikenang', mentaliti lapuk. Noob
Tak guna juga kalau asyik menaip pray for mesir tapi kalau kau masih duduk depan laptop sambil makan kuaci. Kalau ia sekadar kata tanpa perbuatan, ia sia-sia saja. Aku tak suruh pun kau pergi berperang, tak suruh pun kau buat demonstrasi jalanan, benda paling mudah, bersujud padaNya, minta bantuan. Ya memang kata itu doa, tapi fikir balik manusia, sedangkan kau nak pergi interview minta kerja pun siap berpakaian kemas, formal, berkata baik, itu manusia dengan manusia. bro takkan dengan pencipta diatas sana kau nak meminta dengan hanya memakai seluar pendek, sambil makan kuaci pulak tu. Kebiadaban jelas ternyata. Itu okay lagi, cuba pulak tengah sedap chat dengan awek, 'titew tayunk arwack anart anart auw' 'papa sayang mama, mamalah nafas papa, tanpamu jantung tak berdegup' *menangis ketiak aku membacanya* tiba-tiba keluar dekat newsfeed orang post 'pray for Mesir' dapat 101 like. Wah kau pun tanak kalah, siap tukar DP, post sedap sikit 'Pray for Mesir :( ' dapat 102 like, menang 1 like dah cukup mengembangkan hidung serta bulu-bulunya. Ini banggang abadi namanya. Mentaliti kolot, ini namanya ambil kesempatan didalam kesulitan orang lain.

Cerita dia dekat sini, aku pun tak tahu main point apa, aku cuma tak puas hati dengan pepatah itu saja, dah kenapa meleret sampai ke Mesir dan ayat geli-geli bulu tiak?? -.-
Oh aku akan menulis kembali. Post lama aku delete, hanya yang menyentuh kalbu aku biarkan ia terus disitu.

Iklan meggie dah habis, sambung balik cerita atas tadi. Pepatah ni tak salah sebenarnya cuma cara pemikiran serta cara otak kau bekerja mentafsir serta menganalisis maklumat itu yang kadang-kadang erm erm erm. Sendiri faham ya apa aku nak kata? Buka mata, lihat dunia, sudah-sudahlah tu tengok sinetron indon hilang anak, cerita dah nak habis tiba-tiba eh bapak ku bapak pacarku jugak rupanya sih. What the fish? Yang cerita melayu sedap lagi, kena terlanjur-terlanjur dulu sebelum kahwin, bila dah kahwin kasi krisis sikit, akhir nanti baru boleh bahagia. What the chicken? Masing-masing dah besar, sampai bila nak tak memperdulikan hal luar? Asyik duduk terperuk berhibur sampai lupa masalah luar sana pun tak boleh jugak.
Dulu masa sekolah, setiap kali nak exam sejarah, aku sebulat suara bersama-sama organ dalaman beserta saraf-saraf neuron dan saraf yang aku tak tahu namanya, menegaskan bahawa, 'biarkan sejarah menjadi sejarah, usah dikenang, usah diungkap.' biasalah zaman muda belia remaja, mana nak suka belajar sejarah, kelas dodoian paling best antara kelas-kelas yang ada, itulah sejarah. Dan bila aku dah besar ni, ceh acah-acah macam umur dah 32, padahal baru 19.-.- aku sedar sesuatu, bila kau lupakan sejarah, tanpa kau sedar ia akan berulang kembali perlahan-lahan. Aku bagi contoh paling simple, baju puplum yang tengah hangat dipasaran tu, aku tengok tak ada lah cantik sangat, apa pasal hangat pun aku tak tahu. Aku kalau pakai tu mesti dah serupa anak gajah pakai baju balet. Mungkin sebab dia intrend jadi melayu sekarang mana nak kalah, semua nak ngetop jadi harus memiliki walaupun sepasang. Baju tu kan baju zaman saloma dulu, alaa yang beliau pakai masa menyanyi lagu, 'bila larut malam, para kucha cha, para kucha cha', ingat tak?  See, benda sama berulang kembali. Sama lah macam setiap peristiwa yang berlaku di Mesir. Aku bukanlah pelajar yang menuntut dalam bidang sejarah, aku menuntut ilmu kejuruteraan tapi aku masih membaca dan mengkaji agar aku tak kelihatan bodoh bila diuji nanti. Fikir, jangan nanti dah jadi dekat negara sendiri, baru nak menangis guling-guling, masa tu nak update status, 'Pray for us :'(' semata nak dapat 103 like pun dah tak sempat rasanya.

'those who can't remember the past are condemned to repeat it again' -George Santayana (1905). 'Life of Reason, Reason in Common Sense', page 284.

No comments:

Post a Comment