Tuesday 14 May 2013

karut 1

sedutan terakhir itu dihembus deras.
lelah hati tidak tertanggung beban dunia.
kepulan asap terbang menerjah langit.
hilang, andai semudah itu segala duri menusuk jiwa bisa pergi,
argh ini dunia! templak si hati tiada didengari
hanya si derita mengerti.

lorong gelap kaki lima itu disusuri.
tiada rona warna.
suatu sudut dikota raya menjadi destinasi si tewas.
lemah langkah, dibuai kaki itu.
membawa kemana entah tidak diketahui.
yang pasti dia ingin jauh dari dunia.
dia menyepak lemah batu kecil yang ada disitu.
tanda protes, membenci diri.

"aduh. siapa itu?" satu suara garau kedengaran.

"maafkan aku pakcik. aku tidak sengaja. maaf menggangu tidurmu" lemah saja membalas

"tak mengapa. kau kenapa? rautmu jelas memaparkan gusar. ada apa yang mahu dikongsi?" si tua memula bicara bangkit dari baringannya, mungkin tidak bisa lelap kembali.

sambil melabuhkan punggungnya disisi si tua, dia berbasi kata " . apa guna diluah kata jika tiada apa bisa diubah. mati, kosong aku rasa , pakcik.."

"mendalam maknanya tu nak. luah saja. usah dipendam rasa, nanti dirimu binasa. lihat saja sekarang, sudah serupa sakai, sakai pun kalah lawan engkau.. hahaha"

celoteh si tua membuat dia sedikit senang, senyum yang lama menghilang terukir lemah.

"sebenarnya seperti ada pergolakkan didalam diri ini. aku tidak tahu yang mana benar, yang mana salah. aku hilang arah. aku lupa tuhan, aku leka dengan mewahnya dunia. aku tahu yang aku lakukan salah, tapi terus terusan lakukannya kerna aku rasa nikmatnya dunia. tapi bila aku sendiri, aku nampak api merata, seperti aku dibaham sang raksasa amarah kemerahan, tubuhku tersiat, luka bernanah siksa azabnya. aku buntu. apa itu? dan esoknya, aku terus melakukan agenda dunia seperti biasa meskipun jelas dalam fikiranku tentang hal penyiksaan itu. bukan aku tidak takut cuma aku sendiri tak mengerti. ia menghantui aku. aku kusut. dibuai dunia, aku ke kayangan, tiada apa aku perlu takutkan, aku punya wang, aku bisa miliki segalanya, ya aku raja didunia. cuma rasa resah itu asyik memburuku. jika ada ubat yang bisa menghilangkan resah itu, sejuta pun sanggup aku leburkan. aku buntu. sejak dua tiga detik ini juga, aku seperti dibuang keluarga. terkapai aku sendirian. dipejabat sahaja seribu satu konflik menanti untuk membunuh diri, dengan resah itu lagi. aku bisa gila begini, duduk dan bangunku dihantui rasa yang buat aku hilang upaya. kosong yang aku rasa kini. hati ini seperti mati.ya, ia mati."
jelas kerut diraut wajah itu ketika berbicara sudah cukup untuk dimengerti si tua.

"tenanglah anak. dia sedang mengujimu. aku yang kerepot tiada berdaya ini sendiri dahulu tertanya kenapa aku tertatih diatas bumi milik tuhanku sedangkan mereka yang tiada bertuhan mewah gah disanjung dunia.
mungkin kerna susahnya aku hari ini, membuatkan aku lebih tabah dan sentiasa memohon padanya, tidak alpa akan tanggungjawabku pada pencipta meski aku si kumis tiada berharta. jika aku kaya, mungkin kita tak bersua dan mungkin saja aku seperti kamu. faham maksudku? hidup ini kadangkala umpama padang pasir, semuanya sama saja pada asalya, hanya pasir semata. dicorak dibentuk, membangun menjadi bandar. tapi masih ada bahagian yang berpasir. kadang kala terbawa diri kesitu, sesat entah kemana. tiga kemungkinan bakal dialami, satu ketemu jalan kembali kebandar, dua kau terus terusan sesat disitu tanpa arah punca, tiga kau berlari kesana kemari dan akan kau temui permata padang pasir, oasis, sesuatu yang jarang ditemui. aggapanku kau sekarang berada difasa dua, jadi pilihlah untuk kejalan pertama atau ketiga. "

dia mengangguk lemah. terkesan juga kata itu padanya.


di lorong gelap itu, butir mutiaranya jatuh.
entah apa difikir.
hanya dia tahu.
aku si penulis kisah ini sendiri tidak tahu.
engkau tahu?
sila diam dan terus berlalu. . .


2 comments: