Thursday 13 September 2012

mereka sering berkata

biar sakit sekarang, jangan sakit bila dah lambat nanti. 

jujurlah jika tidak ada rasa dihati, daripada terus menyakiti.

jangan sentuh hati seseorang jika kau tiada niat memiliki.

niat mahu berkawan, disalah anggap. mungkin silap sendiri.

mencintai tidak semestinya memiliki.

cintailah Dia yang satu , kelak yang kau cintai didunia akan kau miliki.

jangan terlalu bencikan seseorang, kelak bertukar sayang.

macam mana tak sayang dah kalau 24/7 terfikirkannya.  








semua bermadah kata, mencoret kata indah bahagia. yang frust menonggeng sibuk berkata-kata berkaitan jiwa. dunia semua dusta. sibuk mengejar cinta, mengejar cita, apakah ini memang 'the cycle of life' seorang manusia? bercinta dan berkerja? seperti tiada yang lain perlu dilakukan. menangis meratapi pabila si punjangga hati hilang dari mata seperti si gila yang hilang biskutnya. ketawa riang bahagia pabila bertemu kembali ibarat si gila ketemukan semula biskutnya. argh dunia! dusta semata. permain sama berulang tanpa henti. manusia lupa, janji dahulu dengan yang diatas sana. aku juga begitu, ya aku juga seperti si gila itu. apakah ? aku temui formula kehidupan, aku sedari itu tetapi aku tidak ambil pusing itu semua. kerna aku jua manusia. sering mengulangi apa yang tidak ingin diulangi. ya, aku manusia, manusia memang begitu. lainlah kalau aku ini makhluk lain, mungkin kerjaku berak merata, tidur dimana-mana dan barangkali menjadi hidangan manusia. ngeri sekali membayangkannya. -..-



No comments:

Post a Comment