Sunday 9 September 2012

bicara

otak : hye encik hati, mengapa kau kelihatan gusar, tidak menentu?
hati : assalamualaikum..
otak : maaf, waalaikumsalam. er..
hati : tidak mengapa.
otak : mengapa kau begini? setahuku zahirmu dahulu teguh, suci, sentiasa ceria melaksanakan tugasmu. mengapa kau kian pudar kini? sudikah kiranya kau berkongsi denganku. walaupun aku tiada perasaan tetapi aku bisa berfikir.
hati : duhai sahabat seangkatanku. kau lihat jelas, aku tidak seperti dahulu lagi, bukan? kau lihat aku kini seperti mati, bukan? aku tak kenal lagi siapa aku ini. aku dipermainkan tanpa belas. remuknya aku ibarat sebiji cawan kaca yang dicampakkan dari tingkat teratas KLCC, jatuh menjunam kebawah. deraian bersepai yang tidak bisa bercantum kembali. bisa kau fahamiku, duhai sahabat? bisa kau selami? saat aku terjatuh, tiada siapa yang ketahui, saat aku mulai bangkit, ramai yang menarikku kelembah kehancuran. bisa kau mengerti sahabat? bukan niat aku mahu begini. kehidupan yang aku lalui menjadikan aku mati. kekecewaan demi kekecewaan menerpaku, bertubi-tubi seperti renjatan current yang tiada henti. perit membawa mati. bisakah aku kuat berdiri sendiri? siapalah aku ini, aku hanyalah sebahagian hamba yang hina disisiNya. walaupun aku cuba pertahankan apa yang telahku cipta tapi pengakhirannya sentiasa tragis. bukan aku pinta semua ini, dan bukan juga aku menyalahkan takdir cuma aku sedikit kecewa. kekecewaan ini membuat aku alpa akan penghujung dunia, buat aku mati dan berubah untuk menyakiti hati-hati lain. bukan itu yang aku inginkan tetapi mereka yang memaksaku. salahkah aku? salahkah aku untuk memiliki apa yang tidak pasti? salahkah aku jika aku begini? apa lagi kurangnya aku ini? salahkah aku jika aku menyakiti mereka nanti? aku tidak pinta begini, bukan aku mahu semuanya begini. tidak, aku tidak mahu. kau tahu? aku yang menanggung peritnya. aku yang menanggungnya.. bukan mereka.. tapi aku !  
otak : duhai sahabat, aku tahu, meski dalam kalangan sahabat-sahabat yang lain, kita punyai peranan yang berbeda tetapi semuanya sama penting cuma bezanya engkau. aku tahu tanggungjawabmu paling besar. mainan perasaan, kekuatan iman, semuanya ada padamu. aku tahu betapa tabahnya kau mengharungi semua dugaan ini sehingga tiada lagi daya untuk kau terus menempuh duri-duri yang terus menyakiti. aku mengerti. bukan sehari dua kita bersama, kau cukupku kenali. tetapi janganlah kau bersedih, jangan kau mengalah sebaliknya berbanggalah engkau kerna kau diuji tanda Dia peduli kanmu. berbanggalah engkau kerna kau bisa merasa kepahitan sebelum manisnya. kau mengerti? tiada apa yang terjadi tanpa sebab dan alasan. aku tiadalah sebaik mana, aku jua dicemari dengan segala kefasikkan serta kekotoran dunia, dan mungkin jua kau memandang enteng terhadapku, tetapi ketahuilah duhai sahabat, tiada apa didalam dunia ini berlaku tanpa sebabnya. mungkin hari ini perit bagimu tapi siapakan tahu, manis menantimu dikemudian hari? jangan kau mudah terjatuh hanya kerna kau terus-terusan diuji. ingat sahabat.
hati : aku tahu itu. tetapi kekusutan ini terus menerus melandaku. puas aku mennangkisnya tetapi.. kau tahu, peritnya aku menanggung derita, menghadapi kekalahanku, menghadapi kehilangan, menghadapi apa yang tidak inginku hadapi. mimpi ngeri menjadi realiti, terus menerus tertusuk ditubuhku yang nipis ini. koyak, hancur, tiada siapa peduli. apakah aku ini dimata mereka? hanya sampah yang tiada erti? mungkin sudah mati nanti, baru menyesali.. 
otak : jangan kau menangis duhai hati. kuatlah dikau. pedulikan mereka, yakin pada janji tuhan, jika tidak hari ini, mungkin esok, dan jika tidak esok, mungkin diakhirat kelak. bisa kau mengerti? kembali bangkit sahabat. pedulikan kata yang lain, yang penting kau ada Dia. kuatlah dikau. kau masih ada aku, untuk menyokongmu, kau ada jantung, jua darah, kau ada pemilik jasad ini yang sentiasa pedulikanmu. tenanglah hati, sabarlah jiwa. jika hari ini pengakhiran segalanya, bersyukurlah dikau kerna kau pernah diuji dan masih tabah menghadapi, tidak seperti mereka yang telah jatuh lemas kelembah entah kemana hanyutnya. sedarlah kini, tiada apa yang kekal pasti didunia ini melainkan mati. bangkitlah sahabat. jika dirasakan dirimu itu yang paling teruk dilukai, lihat keliling, nanti kau akan mengerti. tenanglah hati..


No comments:

Post a Comment