Saturday, 10 May 2014

..

Hari mendung tiada berakhir
Terjelopok jatuh tiada terdaya
Dipandang hebat kuatnya zahir
Apa tidak mahu selam dalam apa gaya?

Kasih ku abai pergi tinggal
Teman jauh buang dibiar
Hati sudah terasa sebal
Rindu dihati tiada berkhabar

Kadang menangis hamba merintih
Tiada terniat rayu simpati
Biar diri sendiri bertatih
Agar tiada gusar dimana-mana hati

Kadang termenggu berfikir sendiri
Adakah hadir menyusah sentiasa
Jika ia ambillah diri
Moga tiada mereka tersiksa

Jasad hamba mengukir bahagia
Bukan disini, mungkin disana..

No comments:

Post a Comment